Sunday, December 14, 2008

Ulasan Filem: Los dan Faun

Los dan Faun, sebuah karya baru dari pengarah yang tidak asing lagi dalam dunia perfileman tanahair. Los atau nama penuhnya Carlos Rodrigo Gunting (aku pun tak pasti mengapa last name Gunting, maybe ayahnya seorang penggunting rambut) dan Ahmad Faun Dollah merupakan sahabat dari kampung. Mereka berdua decided untuk mencuba nasib di kota besar Kuala Lumpur. Kelebihan yang dimiliki oleh Faun membolehkan mereka berdua menjadi konsultasi untuk pencarian barang-barang yang hilang. Bermula dengan kejayaan mereka (atau mungkin kebolehan Faun) menjumpai dompet kepunyaan pengurus kedai "coli", membawa kepada penemuan barang-barang seperti kucing, terlupa kereta parking dimana sehingga mereka mendapat tawaran kepada episod pencarian jam tangan kepunyaan Tuan Al Soffar as Soogood (Tuan So Far So Good) yang bernilai RM30 juta.

Apa yang membuatkan filem ini unik:
  1. Lakonan yang memberangsangkan. Sebelum ini aku tak berapa berkenan dengan lakonan Adlin Aman Ramli yang agak streotype dan mendatar, tetapi lakonannya dalam filem ini menunjukkan peningkatan walaupun terdapat satu dua babak yang membawa kepada gaya Adlin yang mendatar.
  2. Jalan cerita filem ini agak unik dimana pendekatan flashback yang membuatkan penonton berkata "Ahhh", "Ohh begitu rupanya"
  3. Dialog / Skrip yang mostly ideanya dari Tuan Pengarah itu sendiri agak unik
  4. Lakonan Khir Rahman dan Adlin Aman Ramlee yang sungguh kelakar. "Kerana apa, hah itu yang kita tak tahu ni...."
Akhir kata, kepada semua peminat filem tanah air, filem ini antara filem yang harus ada dalam "wish list" kamu. 

p/s aku still tak berkenan dengan lakonan Erra Fazira, somehow dier nampak kaku dan wataknya adalah watak biasa yang selalu dibawanya. Fair enough...

  

Wednesday, December 3, 2008

Cermin kehidupan....


Bertemu kembali setelah hampir sebulan tidak menulis. Hambatan kerja, kesempitan waktu dan kemalasan melampau menjadi alasan untuk semua itu.

Di dalam kesibukan itu, sempat aku menghabiskan sebuah buku yang membawa aku kembali mengimbau kisah-kisah kehidupan manusia: Ingin Sebebas Burung.

Ingin Sebebas Burung
Antologi cerpen ini menggabungkan penulis-penulis terkenal dari Malaysia seperti Usman Awang, Mana Sikana dan penulis-penulis dari negeri Jerman. 
Pemilihan cerpen-cerpen di dalam antologi ini merupakan suatu kerja yang cermat dan penuh teliti. Melalui antologi ini, aku dapat merasai dan menghayati gaya penulisan dan bentuk-bentuk cerita yang dibawa oleh penulis dari Jerman. 
Masih aku ingat sebuah cerpen yang menceritakan kebijaksanaan seorang hakim menghadapi masalah pewarisan takhta dari ayah kepada tiga orang anak-anaknya. 
Pernahkah anda memikirkan bagaimana kita selalu memikirkan tentang kehidupan di masa akan datang? Kita selalu terbelenggu oleh pemikiran yang kita perlu bekerja di waktu kini supaya kelak kita dapat hidup bahagia. Kisah nelayan dan pelancong di dalam antologi ini dapat memberi jawapan kepada persoalan ini. 



Monday, November 3, 2008

La la la, hari-hari kerja....

Kerja..... apakah itu? 
adakah punch in pukul 8, punch out pukul 5? 
adakah sekadar goyang kaki, sambil menguap-nguap menahan ngantuk?
rupa-rupanya kerja selepas mempunyai degree tidaklah se"fun" seperti yang disangka-sangka. 
mungkin kita ini terlebih "expectation", mengharapkan sesuatu yang mencabar, jap bukan mencabar tetapi menghasilkan "result" yang bagus. 
aku masih teringat ketika mula2 menjejak ke alam pekerjaan... ketika itu baru masuk semesta kedua atau spring semester time freshman year. Goal aku hanyalah satu, mendapatkan extra money supaya buleh travel time cuti summer nanti.
kemudian saling bertukar-tukar kerja sehinggalah aku stay sebagai tutor selama almost 1 and half years. what I like about being tutor is that you'll feel some sort of success or puas hati andai dpt membantu someone dlm calculus ker or even dlm simple trigonometry. and then they keep asking for me to help them. 
tapi.... bila aku melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar, semua itu hanyalah kenangan belaka. until this moment, I have nothing that I can be proud of my work. Almost 292 days since my first day, I don't know what I've been contributing to the company. and yet, I'm still couldn't find the satisfaction utk bekerja. bilakah......
sometimes i'm wondering adakah btulbidang pekerjaan yang aku ceburi ini... entah lah...

Sunday, November 2, 2008

Eurocopter dan UMNO

Salam semua, 

Masih didalam mood politik Malaysia. Akhir bulan September, kita dikejutkan dengan pengumuman kerajaan untuk menggantikan helikopter Nuri dengan Eurocopter Cougar EC725 buatan Perancis dengan kos sebanyak RM1.93 billion bagi 12 unit helikopter baru. 

Apa yang mengejutkan semua, terdapat kepincangan yang jelas didalam proses pembelian 12 unit helikopter baru ini. Pertama, harga tender yang ditawarkan Eurocopter bagi 10 unit helikopter adalah RM2.317 billion dan adalah harga yang paling tinggi diantara pembida-pembida lain. Antara syarikat-syarikat lain yang turut serta dalam proses pembidaan ini adalah Mentari Services, melalui syarikat induk Kelowna Flightcraft yang menawarkan helikopter buata Rusia Mi-172 KF pada harga yang jauh lebih rendah iaitu RM 898 juta, manakala syarikat Sikorsky dari Amerika Syarikat menawarkan helikopter berteknologi tinggi S-92 pada harga RM1.452 billion. 

Perkara kedua, ini agak memalukan rakyat Malaysia, apabila Timbalan Menteri Pertahanan Abu Seman Yusop mengakui di Parlimen yang TIADA siasatan, pandu uji dan penilaian secara fizikal dan terperinci dilakukan terhadap 12 buah Eurocopter Cougar EC725. Manakala, harga yang berbeza-beza dikeluarkan oleh orang-orang kerajaan seperti Pak Lah mengatakan hanya mebayar RM1.607 billion, Abu Seman dengan harganya sebanyak RM1,6 billion dan Setiausaha Kementerian Pertahanan, Abu Bakar Abdullah dengan harganya RM1.1 bilion. Namun, sebagai rakyat biasa, sesungguhnya akan meragui dan keliru akan harga sebenar yang dibelanjakan oleh kerajaan. 

Inilah jadinya apabila negara ditadbir oleh orang-orang yang tidak profesional, tidak cekap, tidak amanah dan berusaha untuk mengaut keuntungan yang lebih bagi dirinya dan keluarganya tanpa memikirkan kesan terhadap rakyat dibawahnya. Rakyat bertambah miskin dan semakin dihimpit dengan kesusahan, tetapi pemimpin-pemimpin negara bagai tidak mahu memandang walaupun sebelah mata. 

Semoga negara Malaysia menjadi negara milik rakyat. Dan rakyat mendapat manfaat dari segala hasil-hasil negara.
"Sesungguhnya Kerajaan Perlu Takut kepada Rakyatnya, bukanlah sebaliknya"


Minyak Ooo Minyak....


Salam semua, post kali ini akan terkeluar sedikit dari post2 sebelum ini. 
Seperti mana yang semua maklum, kerajaan Barisan Nasional memutuskan utk menurunkan harga minyak sebanyak 15 sen dari RM 2.30 kpd RM 2.15. Rakyat Malaysia gembira dan saya, sedikit bersyukur walaupun hanyalah menunggang motor dan berasak-asak di dlm lrt ke tempat kerja. 
Tetapi, pendedahan berikut diharap dapat membuka mata rakyat2 Malaysia tentang harga sebenar minyak di negara kita. Berita ini saya petik dari "Suara KeADILAN Online" 

"Berdasarkan siasatan Suara Keadilan, harga depot diesel di Petonas Penapisan Melaka, Tangga Batu pada 24 October 2008 hanyalah RM1.78 seliter dan harga depot petrol kira-kira RM2.00 seliter. Tetapi harga yang perlu dibayar oleh pengguna di stesen minyak adalah RM 2.20 seliter bagi diesel dan RM2.30 seliter bagi petrol. Dan dengan harga ini, kerajaan Barisan Nasional mecanang harga yang dijual kepada pengguna telah dimasukkan subsidi sebanyak 30 sen seliter. Jadi, ini bermakna harga depot setelah diambil kira subsidi sebanyak 30 sen adalah RM 1.48 seliter bagi diesel dan RM 1.70 seliter bagi petrol. Harga inilah yang sepatutnya dibayar oleh pengguna di stesen-stesen minyak di seluruh negara, bukan seperti yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini."

Jadi persoalannya disini, kerajaan perlu menjelaskan kepada rakyat kaedah dan mekanisma yang digunapakai dalam menetukan harga bahan api ini supaya rakyat mampu menilai pendekatan yang diambil oleh kerajaan. Janganlah nanti, rakyat ditipu bulat-bulat oleh kerajaan tentang perkara subsidi ini yang kini dilihat umpama tidak membantu meringankan beban rakyat. 

Juga perlu dilihat disini, tindakan kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak tiga kali tidak mendatangkan impak yang jelas kepada harga barang-barang keperluan pengguna dan perkhidmatan. Harga makanan masih diparas tertinggi, inflasi terus meningkat, harga bekalan elektrik terus tinggi walaupun harga komoditi menurun. 

Suatu pendekatan yang mapan, berkesan dan bermanfaat kepada rakyat haruslah dilaksanakan oleh kerajaan. Dengan krisis ekonomi Amerika dan Eropah yang tidak menentu bakal membawa suatu malapetaka ekonomi Malaysia andainya pemimpin-pemimpin negara masih enak dibuai mimpi.

Anyway, hopefully our Minister of Finance will wake up and exit from his state of denial. Or else, just wait until Malaysian economics collapse and then don't bother to talk in front of camera again. 

Ulasan Filem: Budak Kelantan

Have u heard about this movie? korang sume dh tgk ke cite nie? if u want to watch something that really good in term of entertaining and educating, this film is highly recommended. 
But, before u guys watch this movies, please leave ur perception, stereotyping about budak2 kelate at the main entrance. Or, you'll end up like these people:
"wut? budak kelantan? aper tue? eiii geli la tgk citer budak2 kelantan. mesti depa nie syok sendrik, buat citer sendrik. tau ar puak2 depa byk kt KL nie, tp tkyah ar sampai nk buat muvie khas utk diaorang nie"
"budak kelantan? thanks but no thanks"
So, for these people, u have made ur own choice....
So someone asked me, how do I find this movie? my answer is simple, if i'm awake till the end of credit, the movie is really entertaining. 

So, camner nk tau movie nie menarik atau tidak? First, do some research kt bloggers who have chance to watch the pre-screening, read their reviews BUT don't read reviews from akhbar2 tempatan mcm metro, bharian, utusan ke because their review are totally SUCKs big time. 

So how the movie? menarik ker or big blergh?
There are certain part yg really, really interesting, and there some minor un-interesting parts.
So the interesting part: lakonan, lakonan, lakonan, dialog, directing and camera works. Lakonan dlm filem ini sgt2 lah memberangsangkan esp watak Jaha, yg jahat nk mampuih!! lakonan Danny X-Factor and Bienda are good but there is some room for improvement. Lakonan Mohd Asrulfaizal (JAHA) betul2 menjadi, cayalah bro!!! Watak Buchek (Danny) need to improve a lil' bit so that people will understand the reason for your decision to lepaskan Che Nor (Bienda) for Jaha (Asrulfaizal). Watak2 sokongan lain spt Bokbong are really good and help the flow of the story. 
After watched the movie, ramai member2 aku menyatakan ketidakpuasan hati pada ending of the story and how can Jaha simply died like that. For me, the director want to show that people can died tanpa sebab2 yg buleh membuatkan org itu mati. Kita tidak memerlukan kemalangan ngan ngeri, hancur kepala semua atau kejadian tembak menembak atau ditikam oleh org untuk menjadi sbb kematian. Kematian Jaha dalam filem ini menjadi simbol yg hidup dan matinya seorang insan adalah pekerjaan Tuhan yang Maha Esa.

Get set, ready and go!!!

This is my second attempts to write the blog after the first one dead without tombstone ("berkubur tanpa batu nisan")