Saturday, January 31, 2009

Ulasan FIlem: The Boy in the Striped Pajamas

Filem terbaru yang sempat aku tonton adalah filem "The Boy in the Striped Pajamas." Filem ini diadaptasi dari sebuah buku yang ditulis oleh John Boyne dengan tajuk yang sama. Filem ini mengisahkan tentang seorang budak lelaki German yang dilarang berkawan dengan seorang kanak-kanak yang berketurunan Jew. Kisah ini digambarkan ketika dunia sedang menghadapi Perang Dunia Kedua dan pada zaman Holocoust yang sedang memuncak. Kisah ini bermula dengan perpindahan Bruno lakonan Asa Butterfiled ke sebuah perkampungan jauh dari Bandarayan Berlin kerana ayahnya (Davud Thewlis) ditugaskan sebagai Komander Tentera Nazi. Bermula dari sini, kita dapat melihat bagaiman Bruno menghadapi hari-hari yang mendatang dengan penuh kesunyian. Ketiadaan teman-teman seusia dengannya untuk bermain dan larangan untuknya "mengembara" dibelakang rumahnya menjadikan hidup Bruno tidak ceria seperti sebelumnya. Sehinggalah dia bertemu dengan Shmuel yang sama usia dengannya, yang dianggapnya lebih bertuah berbanding dirinya keranan mempunyai ramai kawan-kawan permainanan. 
Melalui filem ini, kita dapat melihat pandangan tentang peperangan dan dunia Holocaust dari kaca mata kanak-kanak yang tidak memahami realiti dunia yang sebenar. Semua baginya adalah permainan, "workcamp" bagi tahanan Holocaust dianggapnya sebuah ladang yang besar, nombor pada baju diingatkan sebagai "one big number game". Filem ini merupakan antara filem yang meruntun jiwa dan agak "disturbing" tetapi itulah hakikatnya. Dengan lakonan yang berkesan dari teraju utama seperti Asa Butterfield, David Thewlis dan Vera Farmiga, dilengkapi dengan lakon layar yang terbaik dan muzik yang mencengkam jiwa, tidak hairanlah jika saya menobatkan filem ini antara filem terbaik bagi tahun 2008. 

Friday, January 30, 2009

Ulasan Filem: Slumdog Millionaire

Slumdog Millionaire, at first, aku agak skeptikal dengan filem ini disebabkan tajuknya agak tidak menarik. Tetapi, selepas membaca satu blog yang memuji filem ini, aku decide to give a try about this movie. And voila!! I love it and at one point, it's almost bring me to tear (yeah, called me a tear jerker..hahaha)
This film is so surreal and realistic. At certain point, aku terfikir, will Indian people get angry with this movie? I think if Malaysia was the place in this movie, sure kene hentam teruk-teruk dengan those shallow minded people in our government and media-owned-government. 
Aku tidaklah pandai sangat dalam bab-bab mengkritik filem, tetapi filem ini cukup rempah ratus, garam dan gulanya. At one point, you'll be very sad, tertekan dan kesian sangat. At another point, you'll be very happy, excited and can't wait to know what will happen next. This movie is very simple, and yet so sincere and exciting. You've to watch it to feel it too. Gotta to open your mind and your hearts while watching this magical movie. 

p/s congratulation to the crew as they win big award in Golden Globes and SAG Awards, hope to win big too on Oscar night.   

Saturday, January 24, 2009

Ulasan Filem: Talentime

Last friday, I got the chance to be among the first that watched this movie in the big screen. One word to describe this movie, or maybe a few words, "wow, marvelous, entertaining". Actually, this is my first time that I got the chance to watch Yasmin's film in cinema. Before this, I have to buy the dvd since I'm not in Malaysia for the past few years. So, before proceed to the review of this movie, let me say a few thanks to Kelab Sukan Rekreasi PETRONAS (KRSP) because give me the chance to watch this movie. 
Ok back to the movie review. This movie about a school in small town organizing a inter-school talentime contest, to celebrate the 7th anniversaries of its opening. The organizing committee is headed by that's school's music teacher (Adibah Noor), a strict, no-nonsense lady who is herself a great singer. 
Jadi, apa yang menarik sangat tentang cerita ini? 
Bagi aku, sesebuah cerita yang mantap mestilah memenuhi kriteria-kriteria seperti jalan cerita yang menarik, skrip yang berkualiti dan lakonan yang berkesan. Setiap babak, adegan, dialog, pergerakan dan perwatakan seharusnya membawa sesuatu maksud. Bagi sesiapa yang pernah menonton filem-filem arahan sutradara prolifik ini, satu tema yang acapkali dibawa adalah hubungan kekeluargaan, persahabatan, percintaan, dengan erti kata lain, hubungan antara manusia sesama manusia. 
Filem Talentime ini tidak lari dari tema-tema sebegini. Kita dapat melihat kasihnya seorang anak terhadap ibunya yang menghidap kanser, rindunya seorang kakak terhadap adiknya, sayangnya seorang gadis kepada pacarnya. Walaupun tema bagi filem ini agak ringan dan lebih kepada komedi, terselit juga perkara-perkara yang agak serius seperti hubungan antara kaum. 
Kekuatan filem ini mencakupi lakonan-lakonan yang mantap dari pelakon-pelakon baru. Lakonan Syafie, Pamela, Mahesh dan Kahoe serta Jac begitu memberangsangkan. Melalui latihan yang berterusan serta bimbingan dari yang pakar, aku yakin mereka mampu pergi jauh. Bagaimana pula dengan pelakon-pelakon lain seperti Harith Iskandar, Azean, Jit Murad dan Ida Nerina? Lakonan mereka seperti biasa bersahaja dan memberi impak kepada penceritaan Talentime. 
Aku tidak mahu bercakap dengan lebih panjang, insya Allah, pada 26 Mac, I'll be the first in line queue for this movie. Aku harap anda semua pergi menonton filem ini dan sokonglah industri perfileman tanah air (Ayuh, kita sokong yang berkualiti, kirim salam sahaja kepada filem-filem yang merencatkan akal dan menumpulkan minda)