Masih didalam mood politik Malaysia. Akhir bulan September, kita dikejutkan dengan pengumuman kerajaan untuk menggantikan helikopter Nuri dengan Eurocopter Cougar EC725 buatan Perancis dengan kos sebanyak RM1.93 billion bagi 12 unit helikopter baru.
Apa yang mengejutkan semua, terdapat kepincangan yang jelas didalam proses pembelian 12 unit helikopter baru ini. Pertama, harga tender yang ditawarkan Eurocopter bagi 10 unit helikopter adalah RM2.317 billion dan adalah harga yang paling tinggi diantara pembida-pembida lain. Antara syarikat-syarikat lain yang turut serta dalam proses pembidaan ini adalah Mentari Services, melalui syarikat induk Kelowna Flightcraft yang menawarkan helikopter buata Rusia Mi-172 KF pada harga yang jauh lebih rendah iaitu RM 898 juta, manakala syarikat Sikorsky dari Amerika Syarikat menawarkan helikopter berteknologi tinggi S-92 pada harga RM1.452 billion.
Perkara kedua, ini agak memalukan rakyat Malaysia, apabila Timbalan Menteri Pertahanan Abu Seman Yusop mengakui di Parlimen yang TIADA siasatan, pandu uji dan penilaian secara fizikal dan terperinci dilakukan terhadap 12 buah Eurocopter Cougar EC725. Manakala, harga yang berbeza-beza dikeluarkan oleh orang-orang kerajaan seperti Pak Lah mengatakan hanya mebayar RM1.607 billion, Abu Seman dengan harganya sebanyak RM1,6 billion dan Setiausaha Kementerian Pertahanan, Abu Bakar Abdullah dengan harganya RM1.1 bilion. Namun, sebagai rakyat biasa, sesungguhnya akan meragui dan keliru akan harga sebenar yang dibelanjakan oleh kerajaan.
Inilah jadinya apabila negara ditadbir oleh orang-orang yang tidak profesional, tidak cekap, tidak amanah dan berusaha untuk mengaut keuntungan yang lebih bagi dirinya dan keluarganya tanpa memikirkan kesan terhadap rakyat dibawahnya. Rakyat bertambah miskin dan semakin dihimpit dengan kesusahan, tetapi pemimpin-pemimpin negara bagai tidak mahu memandang walaupun sebelah mata.
Semoga negara Malaysia menjadi negara milik rakyat. Dan rakyat mendapat manfaat dari segala hasil-hasil negara.
"Sesungguhnya Kerajaan Perlu Takut kepada Rakyatnya, bukanlah sebaliknya"
No comments:
Post a Comment