Los dan Faun, sebuah karya baru dari pengarah yang tidak asing lagi dalam dunia perfileman tanahair. Los atau nama penuhnya Carlos Rodrigo Gunting (aku pun tak pasti mengapa last name Gunting, maybe ayahnya seorang penggunting rambut) dan Ahmad Faun Dollah merupakan sahabat dari kampung. Mereka berdua decided untuk mencuba nasib di kota besar Kuala Lumpur. Kelebihan yang dimiliki oleh Faun membolehkan mereka berdua menjadi konsultasi untuk pencarian barang-barang yang hilang. Bermula dengan kejayaan mereka (atau mungkin kebolehan Faun) menjumpai dompet kepunyaan pengurus kedai "coli", membawa kepada penemuan barang-barang seperti kucing, terlupa kereta parking dimana sehingga mereka mendapat tawaran kepada episod pencarian jam tangan kepunyaan Tuan Al Soffar as Soogood (Tuan So Far So Good) yang bernilai RM30 juta.
Apa yang membuatkan filem ini unik:
- Lakonan yang memberangsangkan. Sebelum ini aku tak berapa berkenan dengan lakonan Adlin Aman Ramli yang agak streotype dan mendatar, tetapi lakonannya dalam filem ini menunjukkan peningkatan walaupun terdapat satu dua babak yang membawa kepada gaya Adlin yang mendatar.
- Jalan cerita filem ini agak unik dimana pendekatan flashback yang membuatkan penonton berkata "Ahhh", "Ohh begitu rupanya"
- Dialog / Skrip yang mostly ideanya dari Tuan Pengarah itu sendiri agak unik
- Lakonan Khir Rahman dan Adlin Aman Ramlee yang sungguh kelakar. "Kerana apa, hah itu yang kita tak tahu ni...."
Akhir kata, kepada semua peminat filem tanah air, filem ini antara filem yang harus ada dalam "wish list" kamu.
p/s aku still tak berkenan dengan lakonan Erra Fazira, somehow dier nampak kaku dan wataknya adalah watak biasa yang selalu dibawanya. Fair enough...
No comments:
Post a Comment