Ok back to the movie review. This movie about a school in small town organizing a inter-school talentime contest, to celebrate the 7th anniversaries of its opening. The organizing committee is headed by that's school's music teacher (Adibah Noor), a strict, no-nonsense lady who is herself a great singer.
Jadi, apa yang menarik sangat tentang cerita ini?
Bagi aku, sesebuah cerita yang mantap mestilah memenuhi kriteria-kriteria seperti jalan cerita yang menarik, skrip yang berkualiti dan lakonan yang berkesan. Setiap babak, adegan, dialog, pergerakan dan perwatakan seharusnya membawa sesuatu maksud. Bagi sesiapa yang pernah menonton filem-filem arahan sutradara prolifik ini, satu tema yang acapkali dibawa adalah hubungan kekeluargaan, persahabatan, percintaan, dengan erti kata lain, hubungan antara manusia sesama manusia.
Filem Talentime ini tidak lari dari tema-tema sebegini. Kita dapat melihat kasihnya seorang anak terhadap ibunya yang menghidap kanser, rindunya seorang kakak terhadap adiknya, sayangnya seorang gadis kepada pacarnya. Walaupun tema bagi filem ini agak ringan dan lebih kepada komedi, terselit juga perkara-perkara yang agak serius seperti hubungan antara kaum.
Kekuatan filem ini mencakupi lakonan-lakonan yang mantap dari pelakon-pelakon baru. Lakonan Syafie, Pamela, Mahesh dan Kahoe serta Jac begitu memberangsangkan. Melalui latihan yang berterusan serta bimbingan dari yang pakar, aku yakin mereka mampu pergi jauh. Bagaimana pula dengan pelakon-pelakon lain seperti Harith Iskandar, Azean, Jit Murad dan Ida Nerina? Lakonan mereka seperti biasa bersahaja dan memberi impak kepada penceritaan Talentime.
Aku tidak mahu bercakap dengan lebih panjang, insya Allah, pada 26 Mac, I'll be the first in line queue for this movie. Aku harap anda semua pergi menonton filem ini dan sokonglah industri perfileman tanah air (Ayuh, kita sokong yang berkualiti, kirim salam sahaja kepada filem-filem yang merencatkan akal dan menumpulkan minda)
No comments:
Post a Comment