Filem terbaru yang sempat aku tonton adalah filem "The Boy in the Striped Pajamas." Filem ini diadaptasi dari sebuah buku yang ditulis oleh John Boyne dengan tajuk yang sama. Filem ini mengisahkan tentang seorang budak lelaki German yang dilarang berkawan dengan seorang kanak-kanak yang berketurunan Jew. Kisah ini digambarkan ketika dunia sedang menghadapi Perang Dunia Kedua dan pada zaman Holocoust yang sedang memuncak. Kisah ini bermula dengan perpindahan Bruno lakonan Asa Butterfiled ke sebuah perkampungan jauh dari Bandarayan Berlin kerana ayahnya (Davud Thewlis) ditugaskan sebagai Komander Tentera Nazi. Bermula dari sini, kita dapat melihat bagaiman Bruno menghadapi hari-hari yang mendatang dengan penuh kesunyian. Ketiadaan teman-teman seusia dengannya untuk bermain dan larangan untuknya "mengembara" dibelakang rumahnya menjadikan hidup Bruno tidak ceria seperti sebelumnya. Sehinggalah dia bertemu dengan Shmuel yang sama usia dengannya, yang dianggapnya lebih bertuah berbanding dirinya keranan mempunyai ramai kawan-kawan permainanan. Melalui filem ini, kita dapat melihat pandangan tentang peperangan dan dunia Holocaust dari kaca mata kanak-kanak yang tidak memahami realiti dunia yang sebenar. Semua baginya adalah permainan, "workcamp" bagi tahanan Holocaust dianggapnya sebuah ladang yang besar, nombor pada baju diingatkan sebagai "one big number game". Filem ini merupakan antara filem yang meruntun jiwa dan agak "disturbing" tetapi itulah hakikatnya. Dengan lakonan yang berkesan dari teraju utama seperti Asa Butterfield, David Thewlis dan Vera Farmiga, dilengkapi dengan lakon layar yang terbaik dan muzik yang mencengkam jiwa, tidak hairanlah jika saya menobatkan filem ini antara filem terbaik bagi tahun 2008.
No comments:
Post a Comment