Sunday, December 14, 2008

Ulasan Filem: Los dan Faun

Los dan Faun, sebuah karya baru dari pengarah yang tidak asing lagi dalam dunia perfileman tanahair. Los atau nama penuhnya Carlos Rodrigo Gunting (aku pun tak pasti mengapa last name Gunting, maybe ayahnya seorang penggunting rambut) dan Ahmad Faun Dollah merupakan sahabat dari kampung. Mereka berdua decided untuk mencuba nasib di kota besar Kuala Lumpur. Kelebihan yang dimiliki oleh Faun membolehkan mereka berdua menjadi konsultasi untuk pencarian barang-barang yang hilang. Bermula dengan kejayaan mereka (atau mungkin kebolehan Faun) menjumpai dompet kepunyaan pengurus kedai "coli", membawa kepada penemuan barang-barang seperti kucing, terlupa kereta parking dimana sehingga mereka mendapat tawaran kepada episod pencarian jam tangan kepunyaan Tuan Al Soffar as Soogood (Tuan So Far So Good) yang bernilai RM30 juta.

Apa yang membuatkan filem ini unik:
  1. Lakonan yang memberangsangkan. Sebelum ini aku tak berapa berkenan dengan lakonan Adlin Aman Ramli yang agak streotype dan mendatar, tetapi lakonannya dalam filem ini menunjukkan peningkatan walaupun terdapat satu dua babak yang membawa kepada gaya Adlin yang mendatar.
  2. Jalan cerita filem ini agak unik dimana pendekatan flashback yang membuatkan penonton berkata "Ahhh", "Ohh begitu rupanya"
  3. Dialog / Skrip yang mostly ideanya dari Tuan Pengarah itu sendiri agak unik
  4. Lakonan Khir Rahman dan Adlin Aman Ramlee yang sungguh kelakar. "Kerana apa, hah itu yang kita tak tahu ni...."
Akhir kata, kepada semua peminat filem tanah air, filem ini antara filem yang harus ada dalam "wish list" kamu. 

p/s aku still tak berkenan dengan lakonan Erra Fazira, somehow dier nampak kaku dan wataknya adalah watak biasa yang selalu dibawanya. Fair enough...

  

Wednesday, December 3, 2008

Cermin kehidupan....


Bertemu kembali setelah hampir sebulan tidak menulis. Hambatan kerja, kesempitan waktu dan kemalasan melampau menjadi alasan untuk semua itu.

Di dalam kesibukan itu, sempat aku menghabiskan sebuah buku yang membawa aku kembali mengimbau kisah-kisah kehidupan manusia: Ingin Sebebas Burung.

Ingin Sebebas Burung
Antologi cerpen ini menggabungkan penulis-penulis terkenal dari Malaysia seperti Usman Awang, Mana Sikana dan penulis-penulis dari negeri Jerman. 
Pemilihan cerpen-cerpen di dalam antologi ini merupakan suatu kerja yang cermat dan penuh teliti. Melalui antologi ini, aku dapat merasai dan menghayati gaya penulisan dan bentuk-bentuk cerita yang dibawa oleh penulis dari Jerman. 
Masih aku ingat sebuah cerpen yang menceritakan kebijaksanaan seorang hakim menghadapi masalah pewarisan takhta dari ayah kepada tiga orang anak-anaknya. 
Pernahkah anda memikirkan bagaimana kita selalu memikirkan tentang kehidupan di masa akan datang? Kita selalu terbelenggu oleh pemikiran yang kita perlu bekerja di waktu kini supaya kelak kita dapat hidup bahagia. Kisah nelayan dan pelancong di dalam antologi ini dapat memberi jawapan kepada persoalan ini.