Sunday, November 2, 2008

Minyak Ooo Minyak....


Salam semua, post kali ini akan terkeluar sedikit dari post2 sebelum ini. 
Seperti mana yang semua maklum, kerajaan Barisan Nasional memutuskan utk menurunkan harga minyak sebanyak 15 sen dari RM 2.30 kpd RM 2.15. Rakyat Malaysia gembira dan saya, sedikit bersyukur walaupun hanyalah menunggang motor dan berasak-asak di dlm lrt ke tempat kerja. 
Tetapi, pendedahan berikut diharap dapat membuka mata rakyat2 Malaysia tentang harga sebenar minyak di negara kita. Berita ini saya petik dari "Suara KeADILAN Online" 

"Berdasarkan siasatan Suara Keadilan, harga depot diesel di Petonas Penapisan Melaka, Tangga Batu pada 24 October 2008 hanyalah RM1.78 seliter dan harga depot petrol kira-kira RM2.00 seliter. Tetapi harga yang perlu dibayar oleh pengguna di stesen minyak adalah RM 2.20 seliter bagi diesel dan RM2.30 seliter bagi petrol. Dan dengan harga ini, kerajaan Barisan Nasional mecanang harga yang dijual kepada pengguna telah dimasukkan subsidi sebanyak 30 sen seliter. Jadi, ini bermakna harga depot setelah diambil kira subsidi sebanyak 30 sen adalah RM 1.48 seliter bagi diesel dan RM 1.70 seliter bagi petrol. Harga inilah yang sepatutnya dibayar oleh pengguna di stesen-stesen minyak di seluruh negara, bukan seperti yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini."

Jadi persoalannya disini, kerajaan perlu menjelaskan kepada rakyat kaedah dan mekanisma yang digunapakai dalam menetukan harga bahan api ini supaya rakyat mampu menilai pendekatan yang diambil oleh kerajaan. Janganlah nanti, rakyat ditipu bulat-bulat oleh kerajaan tentang perkara subsidi ini yang kini dilihat umpama tidak membantu meringankan beban rakyat. 

Juga perlu dilihat disini, tindakan kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak tiga kali tidak mendatangkan impak yang jelas kepada harga barang-barang keperluan pengguna dan perkhidmatan. Harga makanan masih diparas tertinggi, inflasi terus meningkat, harga bekalan elektrik terus tinggi walaupun harga komoditi menurun. 

Suatu pendekatan yang mapan, berkesan dan bermanfaat kepada rakyat haruslah dilaksanakan oleh kerajaan. Dengan krisis ekonomi Amerika dan Eropah yang tidak menentu bakal membawa suatu malapetaka ekonomi Malaysia andainya pemimpin-pemimpin negara masih enak dibuai mimpi.

Anyway, hopefully our Minister of Finance will wake up and exit from his state of denial. Or else, just wait until Malaysian economics collapse and then don't bother to talk in front of camera again. 

No comments: